Kerangka Perancangan Wilayah
Rancangan Wilayah Sabah merangkumi pelan induk spatial jangka panjang yang menetapkan strategi pemajuan fizikal, pemeliharaan alam sekitar, dan penyebaran pusat-pusat pertumbuhaan ekonomi utama di Negeri Sabah sehingga tahun 2040.
Koridor Pantai Barat
Pusat pentadbiran, perkhidmatan kewangan, perindustrian berteknologi tinggi, pendidikan, dan pelancongan antarabangsa (Kota Kinabalu - Papar - Kota Belud).
Koridor Pantai Timur
Pusat hab logistik laut, agro-industri, marin, serta ekopelancongan hidupan liar (Sandakan - Tawau - Lahad Datu).
Koridor Pedalaman
Pusat pembangunan pertanian moden, industri berasaskan kayu, dan hab perhubungan Kalimantan (Keningau - Tenom - Nabawan).
Zon Pemeliharaan Alam Sekitar
Perlindungan Taman-Taman Sabah, Hutan Simpan, dan Rizab Bio-Kepelbagaian Antarabangsa (Heart of Borneo).