Langkau ke kandungan utama
Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Negeri Sabah (JPBW) | Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di +6088-236410 | Waktu perkhidmatan: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Negeri Sabah (JPBW) | Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di +6088-236410 | Waktu perkhidmatan: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang

Perundangan Perancangan

Town and Country Planning Ordinance (Sabah Cap. 141) sebagai asas sistem perancangan bandar dan desa di Sabah.

Perundangan Perancangan

Pengenalan

Sistem Perancangan Bandar di Sabah berasaskan kepada Town and Country Planning Ordinance (Sabah Cap. 141) ataupun dikenali sebagai Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Bab 141). Ordinan ini mulai dikuatkuasakan pada tahun 1950. Pada ketika itu, tampuk pemerintahan di Sabah yang masih dikenali sebagai North Borneo baru sahaja dialihkan kepada Kerajaan Britain setelah Perang Dunia Kedua tamat.

Perang tersebut menyaksikan bandar-bandar utama di negeri ini pada ketika itu iaitu Jesselton dan Sandakan musnah akibat serangan udara. Oleh itu, sebagai usaha untuk membina semula penempatan yang musnah dan memastikan perancangan penempatan pada masa hadapan lebih terancang dan sistematik, Ordinan ini dirangka bagi memenuhi keperluan pembangunan fizikal Sabah sehingga ke hari ini.

Penubuhan Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Negeri Sabah (JPBW) juga adalah hasil daripada yang termaktub di dalam Ordinan ini. JPBW dipertanggungjawabkan memastikan pembangunan fizikal di negeri ini terancang, teratur dan seimbang.

Struktur Ordinan

Hirarki Perancangan di Sabah

Secara amnya, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141) terbahagi kepada 8 bahagian yang kemudiannya dipecahkan lagi kepada 35 seksyen. Untuk mengetahui dan mendalami lebih lanjut, sila muat turun atau lihat Ordinan tersebut di bawah.

Dokumen Rujukan

Town and Country Planning Ordinance

Buka Tab Baru

Paparan PDF tidak tersedia dalam pelayar ini.

Buka PDF Ordinan