Apa itu Kebenaran Merancang?
Kebenaran Merancang (KM) ialah kelulusan rasmi yang perlu diperolehi daripada Pihak Berkuasa Perancang sebelum sebarang aktiviti pemajuan tanah, pendirian bangunan, atau perubahan guna tanah dilaksanakan mengikut peruntukan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141).
Prosedur Permohonan 4 Langkah
LANGKAH 1
Penyediaan Pelan Tata Atur
Disediakan oleh Jururancang Bandar Berdaftar mengikut garis panduan JPBW.
LANGKAH 2
Penyerahan ke PBT
Permohonan dihantar terus ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah berkenaan.
LANGKAH 3
Semakan Teknikal JPBW
JPBW menilai pematuhan zon guna tanah, kepadatan, dan rizab jalan.
LANGKAH 4
Kelulusan Kebenaran
Keputusan kelulusan KM dikeluarkan oleh PBT / Lembaga Pusat.